Assalamualaikum,
Ingin saya memberi pendapat tentang "ISLAM HADHARI" yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tidak salah bagi saya sebagai seorang pelajar yang intelek untuk mengetengahkan pendapat saya.
Seringkali saya tertanya, apakah itu Hadhari? adakah ia satu jenama? sejauh mana keberkesanannya Hadhari itu?
Sebagai pelajar, saya tidak nampak sebarang peurbahan yang berlaku dibawah Hadhari ini, mungkin para-para ulama patut membuat kajian yang lebih terperinci mengenainya.
Saya rasa bahawa Islam Hadhari ini tidak dapat mendekatkan orang melayu kepada kefahaman tentang Islam.
Melalui perbincangan bersama rakan-rakan saya, ada yang mengatakan bahawa "HADHARI" ini merupakan satu jenama atau hanyalah satu perkataan yang tidak mempunyai satu fungsi pun. Bagi pendapat rakan-rakan saya bahawa hadhari ini mungkin hanyalah satu politik semata-mata.
Ia mungkin tidak releven lagi kerana:
a) Rakyat tidak faham tentang konsep Hadhari
b) Kadar jenayah makin meningkat
c) Tiada perpaduan antara rakyat termasuk kaum Melayu, Cina dan India
d) Harga barang makin naik dan bekalan makin tidak mencukupi
e) Harga minyak tidak menentu
f) Tidak dapat mendekatkan rakyat kepada Islam
Baru-baru ini,
Adalah satu tindakan yang baik dari kerajaan Selangor apabila ia mengharamkan konsep hadhari di seluruh negeri tersebut. Tidak perlulah kita hendak memperkenalkan sebarang konsep kerana ia bergantung kepada Iman kita sendiri.
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment