Sunday, October 31, 2010

Kelebihan Bermusafir

Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi ketika bermusafir. Pertama, bermusafir dapat menuntut ilmu pengetahuan. Dengan ilmu yang diperolehi, ia dapat memperbaiki akhlak serta meningkatkan ilmu perngetahuan khususnya agama islam. Kedua, bermusafir dapat melihat kehebatan ciptaan Allah seperti proses pertukaran siang dan malam. Ia dapat meningkatkan keimanan dan keyakinan kepada Allah. Ketiga, bermusafir dapat mewujudkan rasa bersyukur apabila mengetahui ada orang yang lebih susah dan miskin. Keempat, bermusafir dapat melarikan diri dari ancaman bahaya seperti peperangan. Kelima, bermusafir adalah satu cara untuk mencari rezeki yang halal diatas muka bumi ini. Keenam, bermusafir jugalah dapat mewujudkan tali persaudaraan yang baru antara orang Muslim.

No comments: